Sunday, May 18, 2008

Elektrolit

Menggantikan elektrolit yang hilang di dalam peluh
Elektrolit pada dasarnya adalah alat pemancar elektrikal di dalam badan kita. Anda boleh membandingkannya dengan partikel-partikel yang bercas elektrik atau ion-ion di dalam bateri lampu suluh. Keringat yang menyejat daripada kulit kita mengandungi bermacam-macam elektrolit. Terdapat pelbagai komposisi peluh tetapi ia lazimnya terdiri daripada cecair dan elektrolit utama seperti di bawah:
• Natrium
• Kalium
• Kalsium
• Magnesium
• Klorida
• Fosfat
• Sulfat
Sekiranya terdapat kehilangan berterusan elektrolit-elektrolit utama ini, ia akan mendorong kepada penyahhidratan dan strok haba. Lazimnya, badan kita akan melaksanakan pengawalan dalaman elektrolit-elektrolit ini bagi mengekalkan keseimbangan andai berlaku sedikit perbezaan. Adalah disarankan untuk kita menggantikan elektrolit-elektrolit yang telah hilang ini dengan cara membekalkan tubuh dengan cecair dan elektrolit-elektrolit bagi membolehkan penghidratan semula dengan pantas.

Baca Juga :

Elektrolit
4/ 5
Oleh